AKADEMI AMPAC

Komunikasi | Sahsiah | Kepimpinan

Bermula Julai 2007


Akademi AMPAC merupakan Ahli Kumpulan Koperasi Az-Zahrah Selangor Berhad. Dipimpin oleh Tuan Hj Badrul Sani atau lebih dikenali sebagai ABG BADR, kami optimis dalam membimbing kanak-kanak & remaja ke arah menjadi generasi cemerlang duniawi & ukhrawi.


Kini lebih 15,000 orang alumni akademi kami bertebaran di seluruh dunia. Memanfaatkan kekuatan yang telah terbina dan menyebarkan manfaat di medan perjuangan masing-masing. Demi mendaulatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.


Akademi AMPAC telah, sedang dan akan terus menjadi tumpuan ibu bapa yang prihatin dan sedar kepentingan membangunkan potensi anak secara holistik. Kebanyakan klien kami adalah ibu bapa dari golongan profesional, usahawan, pemimpin organisasi swasta dan pegawai kerajaan serta surirumah yang berfikiran jauh dan berimpian tinggi untuk anak-anak mereka.


Impian untuk melihat anak-anak mereka berjaya bukan sekadar di atas kertas tetapi juga hebat di luar kelas. Impian untuk mempunyai anak yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.



HALA TUJU AMPAC

VISI

Akademi Pembangunan Potensi Generasi Muda Terbaik Yang Menjadi Hadiah Untuk Masa Depan Ummah

MISI

Menyediakan solusi holistik untuk ibu bapa, guru dan para pelajar dalam melahirkan generasi muda yang seimbang kecemerlangannya ; softskills & hardskills

NILAI TERAS

A : For ALLAH

M : For MUHAMMAD s.a.w.

P : For PARENTS

A : For ASSOCIATIONS

C : For COUNTRY

Coach

haff

Coach

Nurin

Coach

CHEPOY

Coach

AYIE

COACH HANIM
ABG BADR
COACH RAIDAH

PASUKAN

Dari pelbagai latar belakang, kami berhimpun di bawah satu lembayung demi membangunkan masa depan ummah.

Berteraskan formula T.A.K.U.T., kami membantu para peserta mengatasi ketakutan mereka berbicara.

Menggunakan pendekatan holistik, teori dan praktikal, para peserta yang pada awalnya terpaksa, akhirnya mengalami transformasi luar biasa!

MODUL UTAMA

KOMUNIKASI

Seminar, webinar, bengkel dan personal coaching yang direka khas untuk membangkitkan keyakinan diri dan memperkasakan kaedah menyampaikan mesej dengan berkesan!

SAHSIAH

Menjana kesedaran dan membina kefahaman tentang peri pentingnya keunggulan sahsiah dalam diri pelajar. Tinggi ilmu, tinggi lagi akhlaknya!

KEPIMPINAN

Bercorak kem atau program seharian, modul ini mengejutkan gergasi potensi yang sedang tidur dalam diri peserta. Menghidangkan cabaran yang membawa mereka ke tahap kekuatan dan kematangan yang lebih tinggi!

Kami bersedia membantu anda di peringkat sekolah rendah sekolah menengah kolej dan universiti
Quotation Mark
Quotation Mark

AMPAC HUMAN DEVELOPMENT SDN BHD

Pin

No.10A-12A, Medan Pusat Bandar 1,

Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. (Waze : Akademi AMPAC)

Cellphone Icon

+6013 271 9170

Message Glyph Icon

ampachq@gmail.com

Instagram Outline Logo
Blue Official Facebook Logo Social Media Icon
TikTok

Waktu Beroperasi

Isnin hingga Jumaat

9:00 pagi - 5:30 petang


Sabtu

9:00 pagi - 12:00 tengah hari