NUKILAN PRODUK

OFFLINE & ONLINE

BIJAK BERBICARA

MENCUIT RASA

Buku ini sangat istimewa untuk ABG BADR. Inilah buku sulung beliau, nukilan pertama yang telah berjaya membantu puluhan ribu insan di seluruh Malaysia.

Ditulis semasa beliau masih di bangku universiti, buku ini juga menjadi rujukan mereka yang mengkaji aspek komunikasi, menghasilkan pengajian tesis dan mahukan kerjaya mereka meningkat tinggi.

BRILLIANT STUDENTS : FROM ZERO TO HERO

Buku Brilliant Students merupakan buku kedua ABG BADR dan pertama kali Abg Badr menyampaikan ilmu dalam bentuk cerita. Bertambah unik apabila cerita ini disampaikan dalam bentuk novel dan komik.

Sarat dengan tips kejayaan untuk pelajar yang mahukan kejayaan dengan membayar harga sebuah pengorbanan!

CORETAN PEMBICARA

GEMILANG

Buku yang cukup sentimental kerana ABG BADR mengabadikan kisahnya dalam bentuk novel dan lukisan. Kisah seorang budak yang pemalu, suka menangis dan dalam masa yang sama tersangat comel. Haha.

Apa yang berlaku sehingga Abg Badr yang pemalu itu menjadi seorang yang berani berbicara di hadapan khalayak ramai?

BRILLIANT

PARENTS

Buku BRILLIANT PARENTS pula mengumpulkan tip-tip parenting yang terbaik daripada ibu bapa hebat yang pernah ditemui oleh ABG BADR sendiri. Dibahagikan mengikut keperluan anak-anak seperti kategori emosi, spiritual, mental dan fizikal, buku Brilliant Parents mampu memberi nafas baru untuk ibu bapa yang mahukan pendekatan praktikal dan terbaik untuk membesarkan anak-anak! Tak perlu rasa tertekan kerana anda boleh membacanya sehari satu tip mudah dan praktikal


VCD : RAHSIA PIDATO GEMILANG

Satu pakej VCD yang membongkar teknik bagaimana untuk menguasai kemahiran berpidato dengan mantap. Buat pertama kalinya ABG BADR berkongsi ilmu di hadapan kamera. Dan responnya ; penonton merasakan ABG BADR sedang benar-benar bercakap bersama mereka!

PERKENALAN

PERTAMA

PERKENALAN PERTAMA ; sesuai dengan judulnya, ini merupakan novel pertama ABG BADR bersama novelis terkemuka negara, Puan AinMaisarah dari Blink Book.

Sebuah cerita santai yang padat dengan tips komunikasi, novel ini turut menggeletek pembaca dengan adegan-adegan lucu dan menarik tentang kisah dua orang remaja yang cukup berlainan karektor dan perwatakan.

Bayangkan seorang yang tidak suka dan penakut untuk berbicara, kini terperangkap dalam situasi yang memerlukan dia bangkit melawan ketakutan yang ada! InsyaAllah, bukan sekadar ilmu yang pembaca peroleh! Malah hiburan yang sihat akan menjadi santapan minda anda!


PERANG MULUT

PERANG MULUT ; novel kedua ABG BADR bersama novelis terkemuka negara, Puan AinMaisarah dari Blink Book kini sudah mengaum di pasaran. Bingkisan yang cukup menarik untuk menginspirasi para remaja dan kanak-kanak yang berat mulut untuk berbicara dan takut untuk berkata-kata.

Dan yang menariknya, buku ini turut membimbing pembaca untuk menjadi seorang yang cakap serupa bikin dan beradab bukannya biadab. Kepandaian bercakap bukan tiket untuk mengutuk dan menghina insan lain. Ya, bingkisan ini LUAR BIASA pengisiannya


LANGKAH BIJAK

KOMUNIKATOR HEBAT

Berbeza dengan nukilan sebelumnya, buku ini membuka ruang ABG BADR berkarya dengan menyusun latihan demi latihan untuk mereka yang mahu berubah secara praktikal.

Ini bukan buku yang menyenaraikan tips untuk pandai berkomunikasi semata-mata.

Ini merupakan BUKU KERJA yang memerlukan pembaca bekerja keras untuk menikmati hasilnya.

Iaitu menjadi KOMUNIKATOR YANG HEBAT.

Biiznillah!

TIKTOK SERIES

TIKTOK kini berada di level yang luar biasa. Bukan sekadar platform untuk video hiburan tetapi juga medan untuk perkongsian ilmu secara serius.

Sebagai TikTokGuru, Abg Badr juga menghasilkan TIKTOK SERIES yang berjudul POWERFUL PUBLIC SPEAKING SKILLS dan DIGITAL PUBLIC SPEAKING.


Video-video ini dihasilkan dengan durasi yang lebih panjang daripada video TikTok dan mengandungi huraian terperinci untuk kedua-dua topik ini. Sesuai untuk mereka yang mahu menguasai kemahiran Public Speaking dan kemampuan untuk berinteraksi yakin di depan kamera!

E-BOOKS

E-DVDs

badrulsani@badrulsani.com

ABGBADR.com